11 March, 2011

PENGAKAP KANAK-KANAK

CARTA LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK

"BUAT HABIS BAIK"

WEDNESDAY, JULY 16, 2008

LENCANA WAJIB ... AHLI PENUNGGANG BASIKAL




LENCANA WAJIB ... AHLI RENANG


MONDAY, JULY 14, 2008

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... NILAI IBADAT

Nilai beribadat mengikut agama masing-masing.
(Untuk Penganut Agama Islam)

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:

  • Beriman Kepada Allah : Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
  • Beriman Kepada Malaikat-Malaikat : Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.
  • Beriman Kepada Rasul-Rasul : Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.
  • Beriman Kepada Kitab-Kitab : Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.
  • Beriman Kepada Hari Kiamat : Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
  • Beriman Kepada Qada' dan Qadar : Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Rukun Islam ada lima perkara iaitu:

  • Mengucap dua kalimah syahadat : “ Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”
    Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.
  • Solat Lima Waktu Sehari Semalam : Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya. Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Mengeluarkan Zakat : Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
  • Berpuasa di Bulan Ramadan : Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
  • Mengerjakan Haji Di Baitullah : Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Dipetik dari:

http://cybermosque.mpsj.gov.my

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... AGAMA DAN TEMPAT IBADAT

Mengetahui agama-agama di malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
Penganut Agama Islam - Masjid (mosque)
Penganut Agama Kristian - Gereja (church)
Penganut Agama Hindu - Kuil (temple)
Penganut Agama Buddha - Tokong (temple)

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... PENGANJUR

Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong-penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya serta alamat mereka sekali.

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... KENAMAAN

Mengenal dan mengecam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Sultan dan Sultanah Negeri Terengganu.


NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... RUKUNEGARA

Mengetahui Pengertian Rukunegara.


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI,
rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:
achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
preserving a democratic way of life;
creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
building a progressive society that will make use of science and modern technology.
NOW THEREFORE WE,
the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:
  • BELIEF IN GOD
  • LOYALTY TO KING AND COUNTRY
  • THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
  • THE RULE OF LAW
  • COURTESY AND MORALITY

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... LAMBANG PENGAKAP SEJAGAT

Mengetahui lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... BENDERA

Mengenal Bendera Malaysia "Jalur Gemilang" dan bendera negeri johor

Jalur Gemilang
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja

No comments:

Post a Comment